Thursday, November 10, 2011

ANDA ADA MASALAH RESDUNG?

Gejala seperti kerap bersin, hidung tersumbat atau hidung berair, hidung dan mulut berbau busuk, tekak terasa berkahak, kerap sakit kepala atau migrain dan gatal-gatal disekitar muka, hidung, mata dan telinga memang merimaskan kita terutama ketika menjalankan tugas atau berhadapan dengan orang ramai begitu juga anak-anak yang sedang belajar. Sekiranya anda mengalami gejala ini berpanjangan mungkin anda menghidap resdung jadi saya syorkan anda dapatkan segera NTRESD Penawar Resdung, lain dari yang lain, hanya spray dibawah lidah...Inysaallah NTRESD dapat membantu resah hidung anda. Jangan biarkan masalah resdung anda berlarutan tanpa sebarang rawatan...yang penting kita berusaha dan bertawakkal...sesungguhnya yang menyembuhkan hanya Allah SWT.

Wednesday, February 16, 2011

PENYAKIT RESDUNG DAN TANDA-TANDANYA

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat kita. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat kita malah ada yang tidak menyedari menghidap penyakit resdung. Lebih teruk membiarkan penyakit itu bersarang tanpa sebarang rawatan.

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya
. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.

Tuesday, February 8, 2011

BAGAIMANA NTRESD DAPAT MEMBANTU ANDA

Produk NTRESD dihasilkan berasaskan cecair yang menggunakan kaedah semburan (spray) di bawah lidah, lain dari yang lain, kaedah yang unik dan mudah digunakan. Kandungannya terdiri dari herba-herba yang terpilih yang terbukti khasiatnya dan diproses secara islam dengan bacaan selawat dan doa. Produk NTRESD dikilangkan mengikut piawaian IMP (ISLAMIC MANUFACTURING PRACTISE) dan telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dan dikategorikan sebagai minuman kesihatan (KKM-163/5/95JLD.30). NTRESD mampu mencairkan kahak atau lendir pekat yang terkumpul dalam rongga sinus sekaligus berkesan mengurangkan resah hidung yang selalu merunsingkan anda. NTRESD juga membantu meningkatkan tenaga dan daya tahan badan.

FUNGSI NTRESD
  • Membantu mengatasi masalah resdung (gatal muka, hidung, mata @ telinga, banyak bersin, keguguran rambut, kuku kaki dan tangan rosak, jerawat di muka dan badan.
  • Membantu mengatasi masalah alahan (sinus) dan sakit kepala atau migrain
  • Membantu mengatasi batuk, selsema, lelah, asma, sakit gigi dan gusi serta ulser mulut.
  • Membantu menyegarkan nafas dan mulut berbau.
  • Membantu meningkatkan tenaga dan daya tahan badan.